MENU

Sejarah Penubuhan

Pentadbiran Daerah Sik pada asalnya beroperasi di bangunan lama yang diperbuat daripada kayu dan telah berpindah ke bangunan baru yang lebih baik ( bangunan batu ) pada tahun 1982. Masa terus berlalu, Daerah Sik terus membangun dan dengan prihatin Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Daerah Sik diperuntukkan sebuah bangunan baru Pejabat Daerah dan Tanah Sik yang lebih moden dengan peralatan yang lebih sempurna, sekali lagi Pentadbiran Daerah Sik berpindah ke bangunan baru mulai 1 April,1997 hinggalah sekarang.

Latar belakang

Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan seluruh Daerah Sik ialah 1,635,457.65 hektar ( 1,634.6 km persegi). Jumlah penduduk di Daerah Sik adalah sebanyak 71,261orang. Kepadatan kasar penduduk adalah 38 (penduduk per kps). Daerah Sik mempunyai empat mukim iaitu Mukim Sik (57,042.38 hektar), Mukim Sok (80,549.00 hektar), Mukim Jeneri (12,691.00 hektar) dan Mukim Teloi (13,175.27 hektar). Keluasan kawasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik ialah 1356.053 hektar (13.56053 km. persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5, Kuala Begia dan Sik Dalam.