MENU

Piagam Pelanggan Majlis Daerah Sik

  1. Memastikan semua aduan awam yang diterima akan diurus dalam tempoh masa 1-3 hari bekerja.
  2. Semua aduan am kesihatan dalam bidang kuasa Majlis akan disiasat serta diambil tindakan dalam tempoh masa 7 hari bekerja.
  3. Memproses dan meluluskan permohonan lesen perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja (tidak kritikal) dan 45 hari bekerja (kritikal) dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan diluluskan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.
  4. Memproses dan meluluskan dalam tempoh 1 hari bekerja permohonan lesen perniagaan pasar malam, pasar sehari dan pasar Ramadhan.
  5. Memproses permohonan Pindah Milik Pegangan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  6. Memproses permohonan dan kelulusan Permohonan Serentak / Kebenaran Merancang dalam tempoh 108 hari.
  7. Memproses permohonan Piagam dan kelulusan Pelan Bangunan / Tambahan dan Pindaan Bangunan / Permit Bangunan Sementara / Kerja Kecil Bangunan dalam tempoh 69 hari.
  8. Memproses permohonan dan kelulusan Pelan Kejuruteraan dalam tempoh 80 hari.