MENU

My Beautiful  Malaysia Day

Program gotong-royong ‘My Beautiful Malaysia Day’ telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Februari 2013 (Ahad) bertempat di Pekan Sik. Program tersebut telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program yang melibatkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sukarelawan oleh golongan belia ini telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan dan juga NGO.

 

Program Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman 2013

Program Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 16 Februari 2013 (Sabtu). Program tersebut telah bermula dari jam 10.30 pagi di Pekan Sehari, Bandar Baru Beris Jaya.  Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan bin Abdul Razak, SHMS., SPMK., JP., Menteri Besar Kedah Darul Aman. Antara program yang telah diadakan ialah persembahan silat (Melayu), persembahan Gendang Panjang (Siam), penyampaian sumbangan dan juga jamuan rakyat.

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sik

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sik telah diadakan pada 17 Februari 2013 (Ahad). Sambutan yang bermula dari Padang Awam  dan berarak menuju ke Pondok Hj. Salleh itu telah disertai oleh ramai penduduk daerah Sik.

 

Majlis Bantuan Hari Raya Aidil Fitri Oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri  Diraja Tunku Temenggong Kedah

Majlis penyampaian bantuan Hari Raya Aidil Fitri 1434H / 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2013 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Wawasan Gemilang, Sik. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri  Diraja Tunku Temenggong Kedah.

 

Majlis Kurniaan Aidil Fitri Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Sik

Majlis Kurniaan Aidil Fitri kepada anak-anak yatim daerah Sik anjuran Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah diadakan pada 28 Julai 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Wawasan Gemilang, Sik. Majlis telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah.  

 

Majlis Sumbangan Kepada Guru Al-Quran / Bidan Kampung / Mudim

Majlis sumbangan kepada Guru Al-Quran / Bidan Kampung / Mudim dan majlis berbuka puasa bersama Y.A.B. Menteri Besar Kedah Darul Aman telah diadakan pada 01 Ogos 2013 (Khamis) bertempat di Masjid An-Naim, Kg. Namek, Sik.