MENU

Pekeliling

  1. Perintah-Perintah Am
  2. Perlembagaan Persekutuan
  3. Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1995
  4. Pekeliling dari masa ke semasa

 

Panduan

LESEN PERNIAGAAN AM / PREMIS MAKANAN

Syarat Pengeluaran Lesen Perniagaan Am

Syarat Pentadbiran dan Kesihatan

  • Lesen hendaklah dipamerkan pada setiap masa di tempat kerja.
  • Lesen tidak boleh ditukar milik.
  • Kebersihan premis hendaklah dijaga setiap masa.

Halangan

  • Dilarang sama sekali meletak barangan jualan atau  benda-benda lain di kaki lima.
  • Dilarang membuat sebarang halangan di jalan susur / lorong belakang dan di tepi jalan.
  • Halangan atau rintangan di pintu masuk / keluar tidak dibenarkan.
  • Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan di luar premis.

Syarat Pengeluaran Lesen Perniagaan Premis Makanan

Syarat Pentadbiran dan Kesihatan

  • Lesen tidak boleh ditukar milik.
  • Dilarang mengadakan sebarang bentuk perjudian di dalam premis.
  • Pengendali makanan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan TY2.
  • Pastikan pemohon dan pengendali makanan yang lain berkuku pendek serta tidak mengidap penyakit berjangkit seperti cirit-birit dan penyakit  kulit.
  • Semua pengendali makanan hendaklah memakai apron.
  • Pastikan amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa.
  • Sediakan urinal bagi tandas dan kebersihannya hendaklah diawasi sepanjang masa.
  • Sediakan tempat membasuh (washing basin) dan bersama-sama bahan pencuci (sabun).
  • Sediakan bekalan air paip yang bersih.
  • Mengadakan permukaan licin dan kalis air seperti tile atau lain-lain bahan yang boleh diterima di sekeliling dinding bangunan dari ruang hadapan sehingga ke dapur sekurang-kurangnya 5 kaki tinggi.
  • Kebersihan premis / tempat makanan dan kawasan sekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
  • Air basuhan hendaklah disambung terus ke sistem pembentungan. Semua sampah sarap dan sisa-sisa makanan mesti dimasukkan ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
  • Lantai dan dinding premis perlu dimop dan dicuci selalu.
  • Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertutup.
  • Semua barang-barang yang tidak digunakan ditegah dilonggok di merata-rata tempat dan hendaklah disusun dengan teratur atau buang.
  • Semua makanan mentah hendaklah disimpan dalam stor khas dan makanan yang dimasak di simpan dalam peti sejuk supaya dihindari daripada lalat dan lain-lain.
  • Pastikan semua makanan ditutup atau di tempat khas supaya tidak tercemar dengan lalat, lipas dan lain-lain.
  • Semua perkakas pinggan mangkuk, sudu dan garpu hendaklah berkeadaan baik dan tidak sumbing, pecah atau berkarat.
  • Pastikan semua makanan yang dijual adalah berkeadaan baik, tidak rosak atau tercemar.
  • Semua pinggan mangkuk hendaklah dicuci dengan baik dan bersih dengan menggunakan sabun dan dikeringkan dengan kain bersih.
  • Sediakan pencahayaan dan pengaliran udara yang mencukupi.
  • Dilarang sebarang binatang-binatang belaan seperti kucing, anjing, ayam, itik dan burung berada di dalam premis.

Halangan

  • Dilarang sama sekali meletak barang-barang jualan atau benda-benda lain di kaki lima.
  • Halangan atau rintangan di pintu masuk / keluar tidak dibenarkan.
  • Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan di luar premis.
  • Dilarang membuat sebarang halangan di jalan susur / lorong belakang dan tepi jalan.
  • Dilarang sebarang gangguan / halangan pada kaki lima / lorong belakang premis.