MENU

Sejarah Sik

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.