MENU

PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN

  1. Pemohon hendaklah mendapatkan Borang Permohonan Lesen Perniagaan di kaunter pembayaran Majlis Daerah Sik.
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Kesihatan & Pelesenan Majlis Daerah Sik berserta dokumen-dokumen berikut:-
    1. Gambar berukuran passport (2 keping)
    2. Salinan kad pengenalan depan & belakang (1 keping)
    3. Salinan maklumat hak milik tanah/sewa tanah/ perjanjian ( 1 keping)
    4. Salinan kad suntikan TY2 (bagi pengendali makanan dan minuman sahaja)
    5. Lakaran pelan lokasi premis perniagaan (1 salinan dalam saiz A4)
    6. Gambar premis perniagaan – pandangan hadapan, belakang, dan dapur premis perniagaan
    7. Bayaran wang proses sebanyak RM20.00
  3. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh Bahagian Kesihatan Dan Pelesenan Majlis Daerah Sik.